Wednesday, 20 April 2011

China doll itu ada di Sungai Long ?

27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan

KUALA LUMPUR 19 April - Seramai 25 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan dua rakyat China ditahan ketika leka melayan pelanggan dengan hanya mengenakan bikini di sebuah pusat hiburan di Bandar Sungai Long dekat sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor itu, turut ditahan enam penjaga premis dan 30 pelanggan lelaki.

Premis yang dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa selain hanya membenarkan pelanggan tetap masuk.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, kesemua wanita yang berusia 18 hingga 34 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

"Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik melayan kira-kira 30 pengunjung. Ada antara mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

sumber - utusanonline

komen papa

papa nak ucapkan tahniah kepada khalid gagap yang berjaya menjadikan selangor sebagai anjung maksiat terkemuka rantau ini sehingga pelacur dari vietnam dan china bersepah-sepah.

juga ucapan tahniah kepada hassan ali yang bersekongkol dengan menggunakan bendera pas bersama dalam menyusun gerakan yang lebih teratur menjadikan selangor sebagai negeri maksiat.

tak kurang hebat kepada anwar ibrahim pap hebat penasihat ekonomi selangor yang sudah try china doll itu.

memang berbaloi !

No comments:

Post a Comment