Thursday 7 April 2011

isu video seks - bangsat betul khalid gagap ni

Perubahan perlu ambil iktibar sejarah - Sultan Selangor


SULTAN Sharafuddin Idris Shah (tengah) menunjukkan bukuGood Governance Adab-Oriented Tadbir in Islam terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selepas merasmikan Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, mana-mana kumpulan masyarakat yang ingin melakukan perubahan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman generasi terdahulu sebagai mengenali identiti dan jati diri bangsa kita.

Titah baginda, ia sekali gus mampu memberi pemahaman terhadap sesetengah realiti yang berlaku pada hari ini selain menghargai dan menambah baik apa jua kelemahan dan kekurangan yang ditemui.

Justeru, baginda bertitah, sejarah tidak boleh dipandang remeh apatah lagi diketepikan sekali gus pengetahuan dan kefahaman sejarah merupakan satu kewajipan kepada semua warganegara.

Titah baginda, perkara itu penting kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa mereka sebenarnya menikmati hak-hak tertentu berdasarkan sejarah khususnya dari segi kontrak sosial dan hak-hak istimewa semasa rundingan kemerdekaan.

''Dengan kata lain, antara kebaikan utama pengiktirafan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan dan sistem demokrasi ialah mengelakkan agama daripada dipolitikkan oleh parti yang memerintah.

hari selasa lepas Sultan Selangor merasmikan Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam. Konvensyen ini dianjurkan bersama oleh IKIM dan JAIS.

Amat malang apabila MB Selangor langsung tidak hadir mengiringi Sultan Selangor dalam majlis perasmian Konvensyen itu yang berlansung jam 10 pagi itu.

Setelah dibuat semakan rupanya Khalid waktu itu berada di rumah anwar di Bukit Segambut, beliau telah cabut lari meninggalkan tugasnya untuk mengiringi Sultan Selangor dalam Konvensyen yang dianjurkan sebuah jabatan Selangor itu.

bangsat betul mb selangor ini yang lebih mengutamakan politikal event dari tugas hakiki sebagai menteri besar.  

2 comments:

  1. dia tak nak pakai baju melayu, kalau dia pegi sah kena ballun, sebab dia rasa dia bukan melayu, DAP lagi penting pada dia.

    ReplyDelete
  2. ni barulah laporan dan kritikan yang bagus..

    ReplyDelete