Thursday 21 April 2011

Pembongkaran Kematian Beng Hock & Rasuah DAP - Kit Siang bertanggungjawab

Seorang ahli perniagaan yang menguruskan projek DAP hari ini memberitahu Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa invois dalam milikan Beng Hock adalah berlainan daripada jumlah yang dipohon.


Wye Weng berkata, tindakan menggunakan syarikat bumiputera untuk mendapatkan projek kecil daripada Pejabat Tanah dan Daerah adalah perkara biasa kerana ia melibatkan lesen kelas F yang hanya diberi kepada bumiputera.


Bagaimanapun beliau mengakui bahawa tiada sebarang surat rasmi dibuat bagi penggunaan syarikat terbabit dan tahu bahawa ia salah serta melanggar peraturan Perbendaharaan.

Susulan soalan berkaitan penglibatan empat syarikat tersebut dalam projek DAP, Muhammad Shafee memohon supaya suruhanjaya mengarahkan Wye Weng menyerahkan tiga resit pembayaran untuk DAP Serdang Aman yang mempunyai kaitan dengan penyiasatan SPRM.

Katanya, Beng Hock berasa tertekan dan bersalah atas tindakannya menggunakan wang kerajaan untuk dana politik dan perasaan bersalah itu bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga kepada DAP kerana ia telah melibatkan banyak pihak dalam parti tersebut.

baca selanjutnya. klik disini.

No comments:

Post a Comment