Thursday 19 May 2011

PLUS hisap darah penduduk SHAH ALAM, KLANG, KOTA RAJA DAN KAPAR

Lebuh raya persekutuan merupakan jalan yang yang menghubungkan penduduk shah alam, klang, kota raja dan kapar dengan kuala lumpur.

4 kawasan ini ada 11 kawasan DUN dan 4 parlimen. dari jumlah itu, semua 10 kawasan Dun dan 4 Parlimen telah ditawan oleh PR. bn cuma menang 1 Dun sahaja.

apa puncanya ? pada pandangan papa, antara puncanya adalah tol plus iaitu tol di batu 3 dan dan di sg rasah.

penduduk klang, kota raja dan kapar  kalau nak ke shah alam mereka akan bayar tol rm2 pergi dan balik.

kalau mereka nak ke kl mereka akan bayar tol rm4.2 pergi dan balik.

jalan raya merupakan pengangkutan yang paling asas. dulu pun lebuhraya persekutuan ini tidak ada tol. sejak lebih kurang 15 tahun ini tol dikenakan. sudah beratus juta duit tol telah dikutip oleh plus.

kenderaan yang lalu lalang di lebuhraya ini memang lah puluhan ribu sehari. lebuhraya persekutuan merupakan lebuhraya yang paling sibuk di negara ini.

adalah tidak adil jika tol metramac di cheras boleh dihapuskan tetapi tol plus di batu tiga dan sg rasah terus dibiarkan mencekik darah rakyat.

papa bersetuju dengan keris putera, klik disini kerajaan kena hapuskan tol yang telah menghisap darah rakyat shah alam, klang, kota raja dan kapar ini.

papa nak merayu kepada DS Najib mempertimbangkan sunggutan, runggutan, rintihan dan pandangan rakyat lembah klang.

terima kasih Datuk Seri.

No comments:

Post a Comment