Tuesday 24 May 2011

Terima Kasih Tuanku Sultan Selangor kerana prihatin dan membantu mangsa Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat

Papa nak ucapkan jutaan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor yang sudi hadir mencemar duli melawat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat.

Juga ucapan terima kasih atas titah dan perkenan serta inisiatif Tuanku agar bantuan kewangan dihulurkan kepada mereka yang tidak bernasib baik itu.

Papa difahamkan mangsa yang terlantar dihospital dihulurkan bantuan kewangan sebanyak rm1000, waris mangsa yang terkorban dihulurkan bantuan kewangan sebanyak rm5000 dan pengetua rumah anak yatim itu dihulurkan bantuan kewangan rm100000.

Kesemua bantuan itu merupakan sumbangan dari Baitulmal Selangor. Baitulmal merupakan sebuah institusi yang dikelola terus oleh Tuanku selaku Sultan Selangor.

Sekali lagi terima kasih atas keprihatinan Tuanku yang sudi melawat mangsa dihospital, menziarahi waris mereka yang terkorban dan melawat lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment