Apa salah nasi lemak ? Adakah sebab namanya ? Atau sebab ia tidak berkhasiat ? Atau sebab ia sekadar menjadi kambing hitam.
Tidak ramai ibu-bapa yang melihat apa yang dihidangkan dikantin sekolah. Papa yang sempat menjelajah ke 2 buah kantin sekolah pagi ini melihat apa yang di jual dikantin sekolah adalah fries, burger, nugget, jajan. Mee hoon dan mee juga ada.
Apa pilihan anak-anak kita dikantiin sekolah ? Tentunya mereka akan memilih apa yang terhidang. Cuma nya papa nak tanya menteri kesihatan - burger, fries dan nugget itu baik ke untuk kesihatan ?
Berapa banyak minyak dan preservatives yang ada didalam sebungkus nasi lemak berbanding dengan yang ada didalam fries, burger dan nugget ? Adalah sangat tidak adil bila pak menteri menghukum nasi lemak sebagai punca obes dikalangan anak-anak kita.
Pengharaman nasi lemak juga akan memberikan impak kepada industri fries, burger, nugget dan jajan. Tentunya industri ini akan dijamin berkembang maju.
Maka mati lah industri nasi lemak yang lebih 90 peratus dijual oleh peniaga kecil melayu.
Peranan policy makanan dikantin sekolah yang "loop sided" berjaya mematikan peniaga kecil melayu ini. Tentunya mee, me hoon, mee maggi dan indo mee akan berkembang pesat disamping fries, nugget dan burger yang berperencahkan minyak dan preservatives yang di dokong oleh pak menteri.
Adakah obes akan berjaya dikurangkan dengan policy ini ? Nampaknya pak menteri kena jauh lebih bijak dari rakyat, kalau tidak policy kerajaan sekadar akan jadi gelak ketawa rakyat.
No comments:
Post a Comment