Monday 13 June 2011

Dr Rani Osman bersubahat jual Arak ?

DEPAN RUMAH YB MERU ADA JUAL ARAK?

Kalau ada orang bertanya anda di mana nak beli arak di Kampung Meru ni…… anda ada banyak pilihan….. dan mungkin anda boleh juga jawab sahaja kedai Taman Meru Indah.

Di situ ada jualan arak secara besar-besaran atau kedai JUALAN ARAK PERDANA. Masuk saja ke speedmart 99, Sri Meenas di Taman Meru Indah yang pasti anda akan nampak macam-macam jenis arak yang dijual dan dipamerkan secara terbuka tanpa segan silu. Penjualannya juga tanpa kawalan.

Confirm anda akan rasa seperti sedang berada di China Town dan pilihlah mana yang anda suka. Lagi menarik anda dapat lihat botol-botol arak tu disusun dalam peti sejuk bersebelahan dengan kotak dan tin minuman ringan (halal).

Banyak lagi lokasi premis yang menjual minuman keras di Meru tapi kali ni kita tumpukan lokasi Tmn Meru Indah. Apa kaitannya dengan Tmn Meru Indah ? Kalau anda tak tahu, Tmn Meru Indah ni lokasinya di hadapan rumah YB Meru dan yang sedihnya kedai menjual arak ini berada tak sampai dari 200 meter dari rumah YB Meru. Dan tambah malang lagi di Tmn Meru Indah ni ada satu cawangan PAS (Caw. Taman Meru Indah) yang YB Meru menjadi Ketua Cawangannya.

YB Meru, mana dakwah amar maktuf nahi mungkar yang YB laung-laungkan. Bukankah berdegar-degar ceramah nak tubuhkan Negara Islam kalau PAS memerintah. Sekarang dah menang jadi YB di DUN Meru jadikanlah Meru sebagai DUN Islam, Tak mampukah YB bertindak sesuatu? Setidak-tidaknya adakan perbincangan dengan pemilik-pemilik kedai agar penjualannya tidaklah terlalu terbuka. Banyak pihak bimbang gejala minum arak ni jadi budaya kepada remaja atau pemuda Melayu. Atau YB tak kisah kalau ada orang nak minum arak ?

Pesanan untuk YB, cuba-cubalah rasa malu, tak payahlah berdekah-dekah cerita Negara Islam, hukum hudud, daulah Islamiah dan macam-macam lagi retorik politik kalau masalah arak depan rumah pun tak boleh setel.

sumber - infomeru

1 comment:

  1. topeng jeer.bila dah ada kuasa nama arak pun tak sebut,belum ada kuasa hari-hari belasah kerajaan meluluskan lesen arak...ibarat taik dengan kentuk ..sua-duanya busuk..

    ReplyDelete