Tuesday 26 July 2011

Md Sabun dianugerah Bapa Pembohong PAS

Pas cukup profesional bohongi rakyat


Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.

No comments:

Post a Comment