Polis akan beri permit jika perhimpunan diadakan di luar Kuala Lumpur, tetapi jika masih berhimpun di KL tindakan tegas diambil, demikian menurut Menteri Dalam Negeri Hishammuddin.
Nampaknya menteri jaga polis ini konfuse tak habis-habis. Jemaah kabinet dalam mesyuarat mingguan minggu ini sudah buat keputusan untuk tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Lembah Klang. Ini sebut oleh Menteri Penerangan.
Hari ini Hisamuddin keluar kenyataan yang bertentangan pulak dengan keputusan kabinet. Siapa yang konfuse yer ? Hishamuddin atau Kabinet ?
Problem besar lah kalau Kabinet DS Najib ini terdiri dari menteri-menteri yang konfuse. Rakyat naik jelek.
No comments:
Post a Comment