Tuesday 2 August 2011

Kit Siang berebut nak jadi PM


DAP berhasrat untuk meletakkan lebih ramai wakilnya sebagai Menteri Besar apabila bersedia untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, DAP sudah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu apabila parti itu gagal mencalonkan wakil mereka sebagai Menteri Besar.

“Tujuan mereka bukan kerana mahu mengangkat pemimpin Melayu, tetapi ingin memastikan pengaruh dan memperluaskan kuasa sekali gus menjadi parti induk di dalam pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat ‘keputusan yang sukar’.

Sementara itu Pengerusi Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berpandangan, DAP sedang menyusun langkah yang lebih besar iaitu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang memerlukan parti itu melebarkan jaringan di kawasan Melayu.

Secara halusnya kata beliau, DAP sedang mengadaptasikan cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menguasai kerusi Melayu di negara itu sejak 1965.

“Malah, hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP juga merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” katanya.

1 comment:

  1. Wahai juak juak haprak Pas masih buta mata dan hati kamu sekalian.Sanggupkah kamu di arah makin daging saudaramu sendiri atau makan daging Dapig

    ReplyDelete