Monday 12 September 2011

Isu 6% - Penjelasan KJ serlah Menteri McMc wajar Letak Jawatan

Penerangan Isu Cukai 6% oleh YB KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia melalui twitter:-

Ramai rakan2 Twitter tanya kenapa tidak dimansuh terus service tax untuk perkhidmatan pra-bayar. Kenapa hanya ditangguh?

Saya cuba jelaskan.
Cukai perkhidmatan 5% ini dikenakan sejak tahun 1998 kpd semua syk telco. Cuma telco telah tanggung cukai ini tanpa alihkan kpd pengunna.

So, cukai ini telah dibayar kpd Kerajaan oleh telco tanpa dialihkan tanggungan tersebut kpd pengguna sbg tambahan kos pembelian produk.

Isu terkini timbul bila Kerajaan naikkan service tax ke 6%. Maka telco mengambil peluang alihkan semua kos pada pengguna (5% asal + 1% baru)

Bagi telco hujah mereka mengapa dikenakan cukai dua kali: cukai korporat DAN kena tanggung cukai perkhidmatan yg patut dibayar pengguna.

Jadi Kerajaan melalui @DSURaisYatim runding supaya perkara ini ditangguhkan dulu. Kenapa tidak dimansuhkan terus?

Sebab sekiranya dimanshukan, Kerajaan hilang pendapatan. Dan pendapatan ini dibayar oleh telco, bukan pelanggan pun.

Olih yg demikian, walaupun tidak dimansuhkan ia tidak bebankan rakyat sbb balik pada senario asal = syk telco yang bayar & Kerajaan dpt $$.

Saya antara yg bantah cukai ini dialih kpd pengguna. Tidak munasabah dlm keadaan ekonomi hari ini & terlalu mengejut. Klu buat gentle la.

Isu cukai senang dimanipulasi & perkara yg sedikit rumit difahami. So, sepatutnya penerangan dibuat dulu. Bentang fakta mcm saya tulis.

Cakap ini tanggungan pengguna sebenarnya. Lepas tu adakan pelan peralihan. 3 tahun kedudukan sama. Lepas tu 1% dulu dialih kpd pengguna.
Setiap tahun mungkin ada tambahan 1%. Ada timeline jelas.

Dan buat pengecualian total untuk student contohnya. Barulah mudah diterima.

Cuma cadangan dari Ketua Pemuda kerdil tapi saya percaya tidak akan mengejutkan & meletops seperti isu hari ini.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment