Tuesday 20 September 2011

Mat Sabu akan didakwa Esok

Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi esok kerana ucapannya sokong Mat Indera, kata peguamnya Hanipa Maidin.

Bulan lalu, mat sabu telah memperlekehkan polis bukit kepong sebalik nya mengangkat Mat indera sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.

Mat indera merupakan ketua pasukan komunis melayu johor yang mengetuai bala tentera komunis yang menyerang Bukit Kepong, membunuh dan membakar hidup-hidup anggota polis dan keluarga mereka.

Pelbagai NGO telah membuat lapuran polis terhadap keceluparan mat sabu yang menjadikan komunis sebagai hero Pas yang baru.

Api kemarahan rakyat dan bekas anggota polis semakin menyala terhadap mat sabu yang mendesak kerajaan bersikap tegas terhadap timbalan presiden Pas itu.

No comments:

Post a Comment