Wednesday 23 November 2011

Gempar, surau di PJS akan dirobohkan !




Cuba bayangkan betapa sayu dan sedihnya penduduk-penduduk beragama Islam yang menetap di Rumah Pangsa kos rendah Indah Court Jalan PJS11/7a, apabila surau yang mereka dirikan dari hasil kutipan derma sesama mereka mahu dirobohkan dengan alasan pembangunan.

Dan lebih menjengkelkan, pihak pemaju mahu menggantikan surau tersebut dengan pembinaan surau di bangunan tempat letak kereta sahaja! Apakah tempat beribadat umat Islam kini hanya layak ditempatkan bersamaan dengan bangunan untuk meletakkan kenderaan awam?

Sebelum asrama pelajar miskin yayasan selangor hendak dirobohkan, sekarang giliran surau pula hendak dirobohkan.

Terima kasih khalid G. Menteri besar selangor yang baik dan budiman.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment