Saturday 19 November 2011

GEMPARRR..!!! SKANDAL LEMBU DI SELANGOR PULAKKK..!!! CONDO LEMBU vs MB LEMBU ...!!




Mengejutkan!

Sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang digantung operasi (diisytihar Dormant) pada 2009 dan memberhentikan semua pekerjanya boleh meluluskan peruntukan berjuta ringgit bagi projek ternakan lembu tenusu.

Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd (Sopic) anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah memberi kontrak pembinaan Kandang Lembu Tenusu di Sabak Bernam, Selangor berjumlah RM 1.38 juta kepada LLK Construction Sdn Bhd (384613-K).

Kontrak sebanyak RM 1.38 juta ini hanya untuk membina struktur kandang lembu sahaja tidak membabitkan sebarang pembelian lembu, mahu pun pengurusan lembu. Malahan tiada sebarang perancangan dan sasaran penternakan lembu yang jelas ketika meluluskan pembinaan tersebut.

Menurut minit mesyuarat Lembaga Pengarah SOPIC, yang terdiri daripada dua orang sahaja iaitu Haji Ali Ahmad dan Aqmal Azam Ahmad, LLK Cons dipilih kerana mengemukakan harga terendah. Namun Menurut dokumen yang kami terima tiada sebarang tender atau sebut harga yang dibuka. Kelulusan berdasarkan runding terus antara PKPS dan LLK Cons. Malahan LLK sekurang-kurangnya sekali mengemukakan surat bersetuju menyemak semula sebut harga yang mereka nyatakan sebelumnya.

Persoalannya,

1. Bagaimana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri yang mempunyai tunai RM 20 juta boleh memberhentikan semua pekerjanya?

2. Mengapa sebuah syarikat yang kononnya diisytihar "dormant" boleh memberi projek dan mengeluarkan wang sesuka hati mereka?

Dulu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri disalgunakan oleh Tan Sri Khalid untuk merasuah penyokong beliau di Parlimen Bandar Tun Razak: Dokumen Lembu Korban Haram : MB Selangor Pembohong.

Sekarang syarikat yang dibekukan boleh luluskan wang untuk bina kandang lembu.

No comments:

Post a Comment