Friday 4 November 2011

Hasrat mahu buang kakitangan Awam - DAP mahu bermain api dengan kakitangan kerajaan


Kenyataan Media

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.
GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.

Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa serius nya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihan nya. Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang. Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.

Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah. Itu sebabnya untuk sekian kali nya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
4 Nov 2011

No comments:

Post a Comment