Monday 12 December 2011

DYMM Sultan sound tepat kat muka khalid




Tiada guna Selangor maju, jika rakyat berselisih faham - Sultan

KLANG 11 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tiada gunanya Selangor diakui sebagai negeri maju jika negeri ini dan rakyatnya bergelora kerana perselisihan faham dari segi agama, politik dan sosial.

Baginda bertitah Selangor akan menjadi mundur dan rakyatnya yang berbilang kaum mungkin hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan jika tidak sama-sama mendokong dan memelihara keamanan.

“Beta menasihatkan seluruh rakyat berbilang kaum di Selangor supaya sentiasa bersabar dan janganlah menyakitkan hati antara satu sama lain.




“Jangan sekali-kali melakukan perkara fitnah-memfitnah kerana akan menimbulkan syak wasangka dan keresahan di kalangan rakyat dan seterusnya menjadikan Selangor huru-hara dengan rakyatnya tidak dapat hidup dengan aman,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-66 di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Sumber - Bernama

1 comment:

  1. Rasanya di manakah YB MB Selangor hendak meletak mukanya. Tidakkah beliau merasa keaiban diri dan maruah diri tercabar. Beliau seolah-olah tidak wujud di Selangor....

    ReplyDelete