Wednesday 21 December 2011

Lapuran akhbar cina - Idea Tun Mahathir diketawakan akhbar cina

JANGAN MUDAH TUKAR KERAJAAN

Baru-baru ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberi peringatan kepada rakyat supaya jangan terlalu mudah untuk menukar kerajan kerana kerajaan baru belum melalui eksperimen lagi.

Alasan yang diberi itu sangat lucu kerana tidak kira mana-mana negara pun, semestinya rakyat tidak akan menukar kerajaan seperti menukar baju. Jika mereka sanggup mengambail risiko menukar kerajaan, semestinya mempunyai alasan yang kukuh sehingga terpaksa berbuat demikian.

Ini kerana mereka tahu dengan menukar kerajaan, masa depan mereka dan negara akan menjadi lebih baik. Jika tidak menukar kerajaan, kehidupan rayat akan bertambah susah, tiada masa depan malah berkemungkinan berhadapan dengan risiko kemusnahan sebuah negara.

Hakikatnya, rakyat perlu mengambil langkah yang bijak iaitu menukar kerajaan demi untuk menyelamatkan negara. Mahathir tidak sepatutnya memperlekehkan kebijaksanaan rakyat hanya kerana mereka tahu bila masanya untuk menukar kerajaan, apatah lagi ia adalah tanggungjawab seorang rakyat.

Dua faktor utama perlunya sesebuah kerajaan ditukar ialah pertama, ekonomi yang semakin teruk dan rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang tinggi; kedua, amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.

Senario kini memperlihatkan rakyat bukan sahaja terpaksa berdepan dengan kos hidup yang tinggi dan terpaksa pula berdepan dengan pegawai-pegawai yang melakukan perbuatan rasuah.

Mahathir perlu menyedari meskipun kerajaan banyak memberi sumbangan dan pembangunan kepada rakyat mahupun negara tetapi bila rakyat mulai jemu, istilah “bersyukur dan kenang budi” sudah tidak lagi berkesan. Rakyat bukan semudah itu untuk menukar kerajaan tetapi mereka terpaksa menukar kerajaan demi masa depan negara.

Sumber - China Press, 20 dec 2011

No comments:

Post a Comment