Sunday 25 December 2011

Lapuran akhbar cina - soalan peperiksaan wajar lebih senang

STANDARD KERTAS PEPERIKSAAN BAHASA CINA (1) TERLALU TINGGI

Persatuan Kebajikan Guru Bahasa Cina Sekolah Menengah Malaysia menganggap standard kertas peperiksaan PMR bagi subjek Bahasa Cina (1) terlalu tinggi dan ia mungkin faktor keputusan subjek tersebut menurun pada tahun ini.

Menurut Timbalan Pengerusi persatuan, Chen Jun Ping, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah meningkatkan standard kertas bahasa Cina terlalu tinggi hingga guru-guru juga mendapati kertas tersebut sangat susah.

Mengikut kaedah soalan yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan, lima soalan mudah; tiga soalan sederhana dan dua soalan susah. Tetapi, kertas bahasa Cina kali ini dilihat majoritinya adalah soalan yang susah dan jauh daripada tahap kemampuan pelajar.

Selain itu, pilihan jawapan yang diberikan juga hampir sama dan mengelirukan pelajar. “Kami kecewa kerana peratusan pelajar yang gagal dalam subjek bahasa Cina meningkat, tetapi mujur peratusan pelajar mendapat A tidak jauh beza dengan keputusan tahun lepas,” tambah beliau.

Sumber - Sin Chew Jit Poh, 23 Dec 2011

1 comment:

  1. maaf mengulas sedikit soalan pmr bahasa cina. nisbah 5:3:2 tetap terpakai sebagai kaedah wajib menentukan level kesukaran soalan. dlm komiti penggubalan soalan, lembaga peperiksaan dianggotai juga oleh guru2 pakar bahasa cina. persoalannya knp soalan tahun 2011 dianggap susah? di mana yg silap? atau memang tak silap? hanya kerana pencapaian merosot sedikit maka kesalahan harus dilonggok ke bahu lembaga peperiksaan. sin chew jit poh kena faham bahawa walaupun pelajar cina sentiasa bertutur bahasa cina dlm komunikasi seharian, tetapi bahasa cina akademik bukan bahasa cina pasar!!! cuba buat perbandingan sedikit. pelajar2 melayu yg hari2 bertutur bahasa melayu, ada yg gagal bahasa melayu dlm pmr!!! pelajar cina yg bertutur bahasa melayu tonggeng terbalik mencapai A dlm bahasa melayu.
    (kekadang tersenyum sendiri mengenangkan anak2 didik cina masih membahasakan diri 'aku' bila bercakap dgn guru dan memanggil guru dgn gelaran 'awak' atau 'kamu' & kadang2 'lu'. nasib baik bukan 'engkau'. tak reti2 menguasai adab berbahasa walaupun mak bapak lahir di negara ini)...

    ReplyDelete