Wednesday 14 December 2011

Lim Bon Chang mangsa terbaru Liwat oleh PKR



Lim Boo Chang keluar PKR

Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor, Lim Boo Chang telah mengumumkan untuk meletakkan semua jawatannya dari parti itu setelah hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang memaklumkan surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), satu jawatan yang pernah disandangnya sejak Mac 2009.

Pada 15 Jun 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman rasmi penyertaan Boo Chang ke dalam PKR dan dua bulan kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PKR Bukit Gelugor.

Pada tahun 2009, beliau juga turut dilantik sebagai Penolong Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang dan Timbalan Pengarah Biro Perkhidmatan Undang-Undang PKR.

Seterusnya pada Oktober 2010, beliau mengalahkan YB S. Raveentharan, ADUN Batu Uban untuk merebut jawatan Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor.

Menurutnya, salah satu sebab utama menyertai PKR kerana tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun menyertai parti itu, beliau mula menyedari bahawa tarikan agenda pembaharuan itu hanya slogan kosong semata-mata.

“Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Ada maklumat menyebut Lim Boon Chang membantah projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (Spice) yang kontroversial yang bernilai rm1B itu.

Sumber - AIDCNews

No comments:

Post a Comment