Friday, 2 December 2011

Tok lebai Pas puja 4 nombor ekor ?


“Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tiga lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.

Imam Masjid Pulau Manis, Kori Endut yang menemui tiga lelaki berkenaan berkata, mereka yang terbabit berusia 40-an lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Noh berkata, perbuatan memuja kubur sesiapa saja termasuk ulama sekali pun boleh membawa hukum syirik dan terkeluar dari Islam.

“Mereka yang terbabit dalam perbuatan syirik ini jika ditakdirkan mati, mereka mati sebagai kafir,” katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment