Friday 6 January 2012

2 hari PM dampingi rakyat Selangor tatkala Pkr, Pas, Dap sedang sibuk perjuangkan Batang Anwarr

PM, DS Najib akan turun padang ke Selangor sempena program Nurani Rakyat di Selangor selama dua hari bermula Jumaat, 6 Januari.

Setiausaha UMNO Selangor, DS Mohd Zin berkata PM akan memulakan kunjungan di Hulu Selangor Jumaat ini bersama warga Felda Gedangsa dan sembahyang Jumaat di Masjid Pekan Kuala Kubu Bharu.

Beliau kemudian akan makan tengah hari bersama rakyat dan pemimpin di empat Parlimen iaitu Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.
PM juga akan melancarkan Majlis Komuniti 1Malaysia peringkat kebangsaan di Bukit Sentosa pada hari yg sama.

Pada Sabtu 7 Januari, pagi nya PM akan mengadakan perjumpaan dgn 2,500 pegawai dan kakitangan agensi persekutuan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Selepas itu beliau akan bertemu kira-kira 20,000 warga industri di semua sektor di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment