Monday 9 January 2012

Anwar belum bebas ; Hakim tak kata Liwat tak berlaku - Ezam Md Nor

Yb Senator Ezam Md Nor menegaskan keputusan mahkamah hari ini sedikit pun tidak menjejaskan kepercayaan nya selama ini bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh diangkat sebagai pemimpin kerana melakukan aktiviti liwat.

Kepercayaan beliau bersandarkan keputusan mahkamah persekutuan 2004 yang dengan jelas menyebut aktiviti itu dilakukan Anwar dan keputusan hari ini pun tidak menyatakan aktiviti liwat tidak berlaku.

Dalam kenyataan media nya hari ini, bagaimana pun beliau tetap menghormati keputusan mahkamah itu.

Justeru beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang peliwat dan rosak akhlak (merujuk kes video pelacur dll) tidak diangkat sebagai pemimpin di negara ini berdasarkan prinsip Islam.

Menurut undang-undang, pihak pendakwa boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh 10 hari dari tarikh keputusan. Kes ini dijangka akan berlarutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Baru itu ia akan dianggap telah selesai.

1 comment:

  1. aku sependapat dgn ezam. keputusan mahkamah aku hormati. 10 hari yg diberi perlu digunakan. buat rayuan sehingga keseluruhan proses mahkamah dijalankan. apa2 keputusan selepas itu baru muktamad. tp....ingat hukum karma?

    ReplyDelete