Thursday 5 January 2012

Anwar kata Hudud Pas Irrelevant, Pas kata Jom mari kita berjuang selamatkan Batang Anwar. Jom ketawakan Pas Pis Pus.

Ketika Pas bermati-matian menyokong kempen bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang itu dalam satu wawancara bersama akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily mendedahkan, pembangkang tidak akan sesekali melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Malah, di sebalik ikrar Pas mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sehingga sanggup mengkafir kerajaan sedia ada, Anwar secara terbuka mengakui belum ada sebarang kata sepakat dalam pakatan pembangkang untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

"Apabila Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pusat, kita tidak akan sesekali melaksanakan undang-undang Islam ataupun mengubah undang-undang Persekutuan sedia ada untuk merealisasikan hukum hudud walaupun secara peribadi, saya tidak membantah hukum hudud.

"Kefahaman orang Muslim (terhadap hukum hudud) berbeza-beza dan tidak sama. Ada sesetengah orang Muslim melihat hukum hudud itu mampu mendidik, perikemanusiaan, adil serta menjaga orang-orang miskin dan bukannya melaksanakan hukuman semata-mata," katanya seperti mana dipetik dari Sinchew Daily.

Sempena 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada Isnin ini bagi memberi tekanan kepada mahkamah agar membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Pas dijangka menjadi penyumbang terbesar dari segi bilangan peserta demonstrasi.

Ia sebagai melambangkan komitmen parti yang mendakwa diri mereka sebagai parti Islam itu terhadap Anwar, walaupun Ketua Pembangkang berkenaan terpalit dengan pelbagai masalah moral termasuk pendedahan video aksi seks seorang lelaki menyerupai Anwar, yang disahkan 99.9 tulen oleh pakar Amerika Syarikat.

Dalam wawancara itu, Anwar berkata, sebarang perubahan terhadap undang-undang Persekutuan terutamanya untuk melaksanakan hukum hudud seperti yang diperjuang Pas hanya akan dibuat jika mendapat persetujuan sebulat suara ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan.

"Dalam isu hukum hudud, kita masih perlu membuat lebih banyak penerangan kepada orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam supaya mereka lebih memahami tujuan serta wajah sebenar hukum hudud dan bukan hanya melihat hukum itu sahaja," katanya lagi.

Sumber - utusan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment