Monday 16 January 2012

Bekas menteri pengakutan tunggu masa untuk istihar masuk PKR ?




Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Ahli Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaan beliau dalam mana-mana parti pembangkang.

"Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Januari. Apa pula selepas ini? Pas?” katanya.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

"Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara waktu ini, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai Ahli Parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan,” katanya.

Oktober lalu, portal berita dalam talian mendakwa Tee Keat mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua DAP Selangor, Teresa Kok serta kemungkinan beliau berbincang dengan mereka mengenai penyertaan beliau dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Tee Keat menafikan laporan itu.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment