Saturday 14 January 2012

Confim Ambiga BONEKA pakatan, akan bertanding di Parlimen Kapar


Sah nama Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sudah ada dalam dua senarai ( DAP dan PKR).Ini membayangkan Ambiga sudah menjadi ‘most valuable player’ dalam Pakatan Rakyat pada ketika ini.

Pada perhimpunan haram Bersih pertama pada 2007, kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu ada yang kini sudah bergelar wakil rakyat pembangkang setelah bertanding dalam PRU 2008.

Tak syak lagi cita-cita Ambiga yang sebenarnya ialah mahu jadi calon PRU, ekoran beberapa orang yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 1.0 sudah jadi wakil rakyat.




Bersih yang diterajui Ambiga ini sudah tidak ada objektif, dia sudah jadi alat, Ambiga kini menjadi 'kuda tunggangan' pakatan pembangkang.

Bercakap di Konvensyen Pakatan Rakyat, Ambiga berkata, “Kita mesti menghukum “ikan besar”, dan memaafkan “ikan kecil” supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya.

Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.

Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.




Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor , dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.

Menuruts sumber ambiga akana menjadi calon PKR dan berkemungkinan besar bertanding di Parlimen Kapar, Selangor.

No comments:

Post a Comment