TONY PUA: PENGUNDI CINA BIJAKSANA DAN HARAP KEKAL 70 PERATUS SOKONG PR
Ketua Penerangan DAP merangkap Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua Kim Wee berkata pengundi Cina di Selangor bijaksana. Jika PR tidak baik, nescaya mereka akan mengubah sokongan.
Beliau berharap PR dapat mengekalkan prestasi dalam PRU 2008 yang mana mampu memenangi 36 kerusi dan sekaligus dapat menguasai kerajaan Selangor.
Beliau berharap 70 peratus pengundi Cina menyokong PR di Selangor dalam PRU akan datang.
Beliau juga berkata, " MB Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah seorang yang mempunyai rekod bersih, tambah pula mampu membawa kemakmuran kepada rakyat Selangor termasuk memberi 20 meter persegi air percuma, peruntukan tahunan kepada sekolah rendah Cina dan Tamil, sekolah agama dan sekolah menengah swasta. "
Sumber - Sin Chew Jit Poh
No comments:
Post a Comment