Tuesday 17 January 2012

Gara-gara Anwar terlepas, kini Azizah mengamuk sakan




Nampaknya, keputusan Hakim Zabidin untuk tidak memenjarakan Anwar membuatkan PKR lebih bergolak dan kedua-dua kem yang sedang bergaduh sesama sendiri, iaitu Team Kak Wan dan Team Azmin Ali terpaksa membuat percaturan semula.

Pada mulanya, kedua-dua team ini memang confident bahawa Anwar akan masuk ke ‘dalam’. Jadi, masing-masing dah pasang angan-angan…

Menurut sumber dalaman PKR yang bocor ke telinga penulis, Kak Wan dan kumpulannya mahu Nurul Izzah menggantikan Anwar. Alasan yang diberikan ialah Izzah mampu meneruskan legasi bapanya. Atau dalam kata lain, Kak Wan mahu mengekalkan kronisme dan nepotisme di dalam parti yang dicipta kerana nama suaminya itu.

Manakala Azmin sudah memasang angan-angan untuk menjadi PM paling muda dengan mengetuai PKR selepas ketiadaan Anwar. Menggunakan hubungan rapatnya dengan Anwar, Azmin dijangka memberi alasan bahawa Anwar telah meninggalkan wasiat padanya untuk menjadi PM “sementara” sekiranya Anwar dipenjara…

Nak kenal team Kak Wan? Team Kak Wan ialah Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Tien Chua, Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar (Sam Ketot), Yusmadi, Elizabeth Wong, William Leong, Sivarasa dan Dr Mansor Othman.

Manakala team Azmin Ali yang dikenal pasti ialah N.Surendran, Zuraidah (Mak Lampir), Dato Kamarul Baharin, Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, Haniza Talha, Nik Nazmi, Abdullah Sani dan Azan Ismail.




Khabarnya pergaduhan di antar kedua team menjadi semakin parah sekarang. Anwar pun pening kepala dengan kedua-dua team. Kalau Anwar menyebelahi Kak Wan, nanti dia dikatakan “takut bini”, amalkan kronisme dan nepotisme. Dan paling dia tak suka ialah membuat “madunya” Azmin terluka hati…

Kalau dia menyebelahi Azmin pula, Anwar takut sekiranya Kak Wan memecahkan segala tembelang Anwar! Maklumlah, banyak sangat rahsia Anwar dalam genggaman Kak Wan (walaupun ramai yang dah tau rahsia tu!). Anwar takut tiba-tiba Kak Wan buat sidang akhbar pasal OMEGA. Anwar takut semua tu…

Semua perkara ini bukan lagi rahsia di kalangan pemimpin PKR. Namun, sebagaimana kita tahu, mereka akan menafikan perkara ini di hadapan media bagi menjaga nama parti di mata rakyat. Itu saya faham. Tapi…itulah hakikatnya apa yang berlaku pada PKR sekarang.




Tanyalah orang bawahan PKR yang rapat dengan ibu pejabat parti itu. Kalau kena dengan caranya, semuanya akan diceritakan. Dari cerita Sam Ketot…sehinggalah cerita Anwar Ibrahim! Sila korek sendiri cerita ini sekiranya kurang yakin dengan tulisan saya ini.

Dengan kepimpinan PKR yang bertelagah, hala tuju yang goyah dan imej sebenar Anwar yang sudah diketahui ramai, dijangka PKR akan merudum menyembah bumi yang mereka derhakakan ini dalam sedikit masa lagi. Hanya tunggu masa dan ketikanya.

Namun, semuanya tidak boleh dipandang mudah oleh UMNO/BN. Mungkin melihat apa yang terjadi pada PKR dan PAS yang terus goyang dengan krisis Hasan Ali, kita sepatutnya berhati-hati dengan DAP yang semakin kuat prinsip perjuangannya menumbangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu….

Sumber- mykmu

No comments:

Post a Comment