Monday 23 January 2012

Kini jejaka Myanmar jadi plihan gadis Selangor




Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelaki, warga Myanmar menemaninya tidur.

Itu alasan yang diberikan seorang pekerja swasta apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.




Ketika serbuan jam 2 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa yang berkunci lebih 30 minit, sebelum dibuka.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain.

Menurutnya, pekerja swasta berkenaan berusia 22 tahun, manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja.

“Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah itu.

Sumber - sinar harian

No comments:

Post a Comment