Friday 13 January 2012

Live amanat Tun M kepada 1500 jentera BN Selangor

Update


Hari ini Tun M dan PM Najib berganding bahu memberikan amanat kepada jentera utama BN Selangor. Macam dekat sangat je Pru13 ni.

Betul ke?

Ucapan Tun M

Selangor pernah lebih 50 thn bersama BN. Bn bangunkan selangor. Bn beri kekayaan kepada semua rakyat berbilang kaum, samada secara langsung atau tidak langsung. Sekurang-kurangnya anak-anak kita pergi sekolah dan universiti.

Ini semua dapat kita lakukan kerana konsep persahabatan dalam Bn. Bukan senang, apa orang nak tiru tapi kacau bilau.

Kita tewas 2008, mungkin sebab kita semakin tua dan usang. Itu sebabnya kita kena beri peluang kepada yang muda untuk renew Bn. Dalam Umno jarang orang baru dapat tempat, begitu juga dalam Bn. Tua, usang dan makin kelabu ini perlu beri tempat kepada yang baru dan muda demi masa depan parti.

Winable candidate ini bukan pandapat kita tapi pendapat rakyat. Kita cekap mencantas itu sebabnya kita susah nak menang sekarang. Perebutan ini wajar dihentikan.

Keutamaan harus diberikan kepada parti bukan individu.

Diluar sana rakyat lebih ramai dari ahli kita. Oleh itu utamakan lah rakyat lebih dari individu. Utamakan parti dari indiviu.

Persepsi rakyat apa pada kita? Rakyat kata kita korup, tidak bersih.

Kita kena serius benteras rasuah dalam parti atau luar parti.

Pilih lah calon yang bersih, samada dari dalam atau luar parti.

Pilih lah walaupun yang baru masuk parti asalkan bersih dan winable.

Kali ini pemimpin Bn kena berkorban. Sokonglah calon parti, bukan calon individu.

No comments:

Post a Comment