Sunday 8 January 2012

Live dari rumah Dr Hasan Ali



Dr hasan ali adakan pc di rumahnya di taman tun, kl.

Papa bawakan live.

Antara yg hadir adalah datuk ibrahim ali perkasa, ust hassan basri bekas ketua penerangan pas, ust norman toha bekas naib ketua pemuda pas selangor dan lebih dari 300 orang.

Yb nasarudin mat isa bekas tim presiden pas baru tiba.

Dalam ucapan - Ust norman dan ust hasan basri melihat ini adalah kezaliman yang dilakukan oleh pucuk pimpinan pas pusat.

Ust zaid dari ngo isma - pemecatan dr hasan ali perlu pembelaan dari semua pihak termasuk ngo.

Datuk ibrahim ali - isu pecat ini adalah soal prinsip yang diperjuangkan oleh dr hasan ali. Keberanian dr hasan ali amat luar biasa dan sangat konsisten dari awal dia masuk pas, sampai sekarang. Perkasa pelawa dr hasan ali untuk bersama ngo perkasa sebagai presiden. Perkasa punyai keahlian yang semakin ramai. Sekarang online keahlian bertambah 250 orang setiap hari. Dr hasan adalah orang perjuangan. Perkasa datang utk beri sokongan moral.

Yb nasarudin mat isa - datang sebagai sahabat, pejuang yg sangat istikomah dan komitment yg tinggi. Saya adalah ahli majlis syura pas - dr hasan boleh buat rayuan. Perjuangan dr hasan sangat noble. Saya datang dengan keluarga sebagai rasa simpati yg amat sangat.

Dr hasan ali - ucap ribuan terima kasih kpd yg hadir. Ini bukan PC. PC akan dibuat dlm masa 3 hari ini. Saya kena elaborate panjang mengenai apa yg sebenar nya berlaku. Saya 15 tahun dlm pas. Saya terhutang budi kepada almarhum ust fadzil noor yg bawa saya masuk dalam pas.

Yg saya perjuangkan 3 perkara. Asasnya adalah islam. Saya bekerja 24 jam sehari untuk pas. Saya rush hotel lihat bagaimana orang melayu islam berkhalwat, ada kes yg libatkan 1 wanita 5 lelaki.

Org pas mungkin tak appreaciate apa yg saya buat. Harakahdaily putar belit isu saya.

Saya dipecat sebab saya komen isu anwar ibrahim, perjuangan dsai kotor dari dulu sampai sekarang hingga hari ini. Saya tak sanggup hadir atau sokong 901. Saya tak mahu dia jadi pm sebab dia kotor.

Saya nak ust hadi jadi pm sebab dia orang baik, tak main dengan bini orang, tak main dengan anak orang.

Apa pun yang berlaku saya akan tetap bersama islam sebagai prinsip perjuangan saya.

Org cina, india, punjabi jangn takut dngan saya, sebab saya serve rakyat saya.

Msia perlukan manusia yang maaruf bukan yang mungkar. Sokong lah yang maaruf.

Saya bergerak bersama Himpun, bahayanya murtad.

Baik bagi allah baik lah untuk saya. Saya akan minta pandangan ulama spt dr harun din, ust harun taib.

Tk kepada media yg hadir, tk kepada hadirin yg hadir.

Kita akan catat sejarah baru dalam politik malaysia, insyaAllah.

Sekian. Tiada soalan buat kali ini.

Yb iskandar exco selangor turut hadir.

Lebih kurang 500 orang hadir.

No comments:

Post a Comment