Wednesday 11 January 2012

Perjuangkan juga Hak untuk mangsa - Bapa Saiful Bukhari

Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini hari ini merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yg membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim drp dakwaan meliwat anaknya.

Azlan Mohd Lazim, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

Beliau juga mengkritik Majlis Peguam yang meminta Peguam Negara jangan merayu kes liwat itu. Majlis Peguam disifat berat sebelah dan cuba mempolitik kes itu. Bar Council jua hanya memperjuangkan keadilan secara berat sebelah dan bersifat diskriminasi.

No comments:

Post a Comment