Hampir setahun lepas selangordaily pernah mendedahkan siapa sebenarnya Anuar Mohd Nor, pengendali blog umno reform.
Tidak pernah ada pemimpin UMNO baik yang rendah atau yang tinggi yang nak ambil tahu atau ambil berat apa yang didedahkan oleh selangordaily.
Anuar Mohd Nor terus bebas menyertai program blogger-blogger pro BN tanpa ada sebarang halangan atau sekatan.
Malam tadi di PWTC berlangsung satu majlis penerangan tertutup dengan blogger-blogger pro BN. Anuar Mohd Nor juga turut berada di sana.
Nampaknya apa yang dibincangkan malam tadi semuanya telah bocor kepada pihak musuh.
Kenapalah orang-orang Umno bodoh sangat ?
Sampai dah tak kenal antara musuh dengan rakan.
Anuar adalah orang PKR yang diarah untuk menyamar sebagai blogger UMNO untuk mengorek segala rahsia dan strategi UMNO.
Selain dari menjadi kawan baik Chegubard, Anuar juga kawan baik kepada Razman Hakimi yang bertugas di Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan. Razman Hakimi adalah ahli UMB. Anuar sering kelihatan di majlis-majlis atau perbincangan yang melibatkan Menteri Pertahanan atas jemputan Razman.
Razman adalah pemain baru dalam dunia cyber dan politik. Masih budak berhingus. Masih belum kenal siapa musuh dan siapa kawan. Sembang kononnya ada beratus ribu follower di facebook . Diberi pula jawatan penting dalam Kementerian Pertahanan. Apabila kena goreng dengan Anwar dia terus lentok. Tidak mustahil sekiranya banyak rahsia Kementerian Pertahanan yang sampai ke pihak musuh melalui Anuar Mohd Nor.
UMNO dan BN berada dalam keadaan getir sekarang ini. PRU akan datang penentu hidup mati mereka. Musuh akan pelbagai cara dan strategi untuk mencari kelemahan dan rahsia. UMNO tak pernah ambil berat dan ambil peduli dengan semua itu. Mereka terus buat bodoh seperti biasa. Jika begitu gayanya terimalah hakikat apabila UMNO hanyut dalam PRU 13. Jangan salahkan diri orang lain. Salahkan diri sendiri kerana diri sendiri yang bodoh.
Sumber- unspinners
No comments:
Post a Comment