Tuesday 24 January 2012

SUPOL mb tipu rakyat, Istana tak pernah perkenan khalid pegang Portfolio Hal Ehwal Islam




Mb selangor jadi rosak kerana perangai Supol nya yang lebih sudu dari kuah. Lebih buruk dari itu bila supol itu ada cita- cita nak jadi MB.

Kenyataan terbaru faekah nyata cuba membohongi rakyat selangor.

"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," kata Faekah lagi.

Oleh itu katanya, tuduhan Ibrahim bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

Menurut Faekah lagi, menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.

"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat," katanya sambil menambah.


Sumber - sinar harian

No comments:

Post a Comment