Tuesday 14 February 2012

Desak Anwar mohon maaf isu Israel - Dalang dalam Majlis Syura Pas telah dikenal pasti

Sehingga 1 tengahari ini , masih belum ada kenyataan dari kem Anwar mengenai desakan Majlis Syura Pas pasal Israel.

SUA PKR Saifuddin Nasution kata mereka masih brainstorm untuk jawapan. Menurut sumber satu mesyuarat khas akan dipanggil dalam masa yang terdekat untuk menangkis serangan Ulama dalam majlis Syura itu.

Bagaimana pun adalah difahamkan dalang dalam Majlis Syura yang membuat kenyataan keras dalam sidang majlis Syura itu sudah dikenal pasti.

Sekurang-kurangnya 3 orang ahli Majlis Syura sedia meletakkan jawatan sekiranya Pas gagal mendesakkan Anwar agar menarik balik kenyataan nya yang pro penubuhan negara Israel minggu lalu.

No comments:

Post a Comment