Sunday 19 February 2012

Kahwin sejenis - bekas Naib Presiden Amerika sokong anwar




Bekas Naib Presiden AS sokong kahwin sejenis

Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Dick Cheney yang menyokong perkahwinan sejenis berusaha keras untuk memastikan Maryland mempunyai wakil bagi meluluskan rang undang-undang perkahwinan sejenis di negeri itu.

Beliau dikatakan antara orang yang berkempen kuat melobi supaya Maryland mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil bagi menyokong undang-undang itu yang memberi hak sama rata dalam perkahwinan termasuk perkahwinan sejenis, lapor akhbar Baltimore Sun.

Cheney sejak melepaskan jawatan setelah tamat tempoh pentadbirannya bersama bekas Presiden George W. Bush, dikatakan semakin lantang menyokong perkahwinan sejenis tetapi sejauh mana penglibatannya dalam isu tersebut tidak diketahui.

Berita Baltimore Sun memberi fokus kepada usaha Gabenor Maryland, Martin O'Malley meluluskan rang undang-undang untuk perkahwinan sejenis.

Ia mendedahkan bahawa wakil Daerah 5B Maryland, Wade Kach daripada Parti Republikan ditawarkan peluang untuk berbincang dengan Cheney, kononnya bagi meyakinkannya supaya menyokong hak sama rata dalam perkahwinan.

Kach yang dijangka menentang rang undang-undang itu, bagaimanapun memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau kemudian menukar fikiran dan mengambil keputusan menyatakan sokongannya selepas mendengar keterangan pasangan sejenis dalam satu perbicaraan selama 11 jam pada minggu lepas.

Wakil Daerah 5B juga dilaporkan menerima tekanan daripada pemimpin nasional berprofil tinggi Parti Republikan.

Kach juga menjadi sasaran usaha melobi di saat-saat akhir dan menambah kata bahawa telefon bimbitnya dipenuhi dengan pesanan daripada beberapa orang 'penting' termasuk daripada bekas Pengerusi Jawatankuasa Nasional Parti Republikan, Ken Mehlman, Datuk Bandar New York City, Michael Bloomberg yang terkenal kuat menyokong isu hak asasi homoseksual.

Katanya, pesanan itu termasuk tawaran untuk mengadakan perbincangan dengan Cheney.

Sumber- AGENSI

No comments:

Post a Comment