Thursday 2 February 2012

Mahfuz ini memang betul-betul kuda kayu - ust Hasan Basri




Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.

Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

"Tiba-tiba kita dikejutkan kononnya untuk menyokong keselamatan Israel, kenyataan itu jelas bertentangan dengan peringatan Allah bahawa Yahudi adalah ancaman yang nyata kepada umat Islam.

''Kenapa sanggup mengiktirafkan Israel, satu bangsa yang dilaknat Allah dan saya hairan dalam keadaan itu pun kita (Pas) boleh menerima, sedangkan dahulu kita juara menentang kebiadaban Israel," dakwanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk Masa Depan Politik Malaysia-Demi Kedaulatan Agama Islam, Bangsa Melayu & Institusi Raja di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Hasan Basri melontarkan pertanyaan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, apakah Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menganggap kenyataan Anwar mengenai Israel bukan ancaman kepada Islam?

Sambil mengimbau kejadian pada pertengahan tahun 1990-an, yang mana Mahfuz sanggup meringkuk dalam penjara selama setahun kerana menentang kehadiran pasukan kriket remaja Israel, beliau bertanya di mana prinsip itu kini.

"Apakah Mahfuz lupa? Mereka berarak, menentang dan akhirnya dipenjara kerana mempertahankan Islam daripada pencerobohan Israel, tetapi hari ini ikon mereka yang menyata akan menyokong keselamatan Israel.

"Mana suara-suara yang dahulu menjadi juara menentang Israel? Apakah ini bukan ancaman kepada masa depan Islam? Kenapa semua mereka berdiam diri apabila kenyataan itu dikeluarkan Anwar," katanya.

Sumber - utusan online

No comments:

Post a Comment