Sunday 5 February 2012

Mat Sabu akui Pas gagal beri keadilan kepada Dato Dr Hasan Ali




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau menghormati keputusan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang enggan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

"Itu hak dia sama ada mahu merayu atau tidak. Saya hormati keputusan beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan Hasan Ali bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tak mahu komen lebih lanjut. Itu dakwaan beliau yang sudah jadi bekas ahli PAS," katanya.

Pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, petang Sabtu, Hasan Ali menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu turut menyifatkan pemecatannya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasukkepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan," katanya.

Beliau dipecat oleh PAS pada 8 Januari lalu dan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membuat rayuan.

Sumber-mstar

No comments:

Post a Comment