Thursday 9 February 2012

Roadshow Datuk Hasan Ali buat Pas selangor makin sasau, khalid parasit buka butang bra




Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pada Khamis mendakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tidak henti-henti memfitnah Pakatan Rakyat terutamanya PAS kerana beliau mahu mencapai cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid, Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersetuju untuk melantik Hasan sebagai Menteri Besar Selangor jika PAS dan Umno bersatu untuk memerintah negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Satu pertemuan diatur oleh beliau untuk bertemu Umno kira-kira 10 hari sebelum menteri besar mengangkat sumpah.

"Saya pada ketika itu mewakili beliau atas arahan pucuk pimpinan parti untuk bertemu dengan Abdullah dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Khalid turut memberitahu bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ada bersama dengannya ketika menghadiri pertemuan tersebut.

Jelas Khalid, dalam pertemuan itu Tun Abdullah menyatakan kebimbangan terhadap negeri Selangor yang hanya diterajui pemimpin Melayu dalam jumlah yang kecil iaitu lapan dari PAS dan lapan, Parti Keadilan Rakyat.

Sumber - mystar

No comments:

Post a Comment