Monday 6 February 2012

Tuan Ibrahimm Pas sedang GILA TALAK mengejar Janda Berhias


Menurut Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Hahaha nampaknya Pas sudah gila talak. Pas sudah "ceraikan" Hasan, kemudian mereka minta pulak Hasan "rujuk" semula.

Hasan tak minta diceraikan. Hasan tak buat dosa apa, kecuali pagi petang pergi ke masjid. Memang Pas tak suka wanita yang pergi ke masjid.

Dato Hasan tak heran sesen pun. Dia tahu bahawa dia adalah "janda berhias". Kini ramai teruna tengah tenang-tenang kat Dr Hasan.

Pas akan terus terkulat-kulat !

No comments:

Post a Comment