Saturday 24 March 2012

Sapa Exco Selangor makan angin di China, Thailand, Australia belanja rm130,000 wang rakyat ?




Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.

“Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.

“Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

No comments:

Post a Comment