Tuesday 27 March 2012

Terima kasih MB khalid kerana bedal RM300 juta. Yahoooo den kayooo!




Bekas Exco Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mempersoalkan dana RM300 juta di bawah geran 'Selangorku' yang dikatakan tidak direkodkan di dalam akaun Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan keraguan tentang bagaimana program-program di bawah geran tersebut dilaksanakan sekiranya dana berkenaan tidak diletakkan di bawah akaun MBI.

Ini kerana, katanya, ketika membentangkan Bajet Selangor 2012 pada November tahun lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan dana sejumlah RM300 juta diurus selia secara terus oleh MBI yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

''Namun, saya difahamkan peruntukan tersebut tidak ada dalam akaun MBI. Jadi bagaimana kerajaan negeri mahu mengadakan program-program di bawah geran 'Selangorku'," katanya dalam soalan tambahan kepada Abdul Khalid pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment