Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri?
Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.
Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang dengar.
Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri. Lihatlah wajah pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan. Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau.
Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca.
Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.
Sumber - gap
No comments:
Post a Comment