Tuesday 20 December 2011

Lapuran akhbar cina - 17 Dec 2011

SIN CHEW JIT POH
1. Pengusaha ladang ternakan ayam di Segamat dan Muar tetap akan mempertahankan ladang mereka – Presiden Persatuan Pengusaha Ladang Ternakan Ayam Segamat dan Muar Johor, Datuk Ghai Soo Ming berkata pengusaha-pengusaha ladang tetap akan mempertahankan ladang ayam mereka meskipun diarah tutup kerana diklasifikasi sebagai “ladang kelas-E”. Beliau berkata persatuan tersebut akan mengadakan perjumpan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik berhubung isu tersebut.

CHINA PRESS
1. Kerajaan perlu menubuhkan semula “Nanyang University”- Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG), Dato’ Dr. Toh Kin Woon berkata LLG bukan sahaja mempertahankan pendidikan Cina tetapi juga perkembangan budaya kaum Cina. Oleh demikian kerajaan harus melaksanakan sistem kepelbagaian dalam pendidikan dan memberi layanan yang adil terhadap sistem pendidikan bahasa ibunda. Beliau juga mencadangkan kerajaan menubuhkan semula “Nanyang University”.

NANYANG SIANG PAO
1. Penduduk Taman Permai Indah Pandamaran tuntut janji PR – Hampir 100 penduduk pangsapuri Taman Permai Indah Pandamaran hari ini berkumpul dengan memegang kain rentang mengutuk kerajaan PR Selangor mungkir janji. Mereka menggesa kerajaan negeri membayar kepada setiap penduduk sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah sebagai pampasan terhadap janji “program air percuma 20 meter padu”.

No comments:

Post a Comment