Tuesday 20 December 2011

Lapuran Akhbar cina 2 - 17 Dec 2011

SIN CHEW JIT POH
1. Zuraida edar risalah “lembu” – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini melancarkan kempen “anti kerajaan lembu” di 14 kawasan dan mengedarkan 10 ribu risalah yang mendedahkan konspirasi kerajaan BN dalam projek penternakan lembu. Beliau bersama 50 ahli PKR berkumpul di hadapan Ampang Point mengedar risalah sambil memegang sepanduk yang tertulis “rakyat dapat RM500, menteri dapat RM250 ribu”. Kempen tersebut mendapat sorakan dan sokongan orang ramai yang lalu lalang di situ.

2. Taib Mahmud marah melibatkan ahli keluarga – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melenting dan marah apabila wartawan bertanyakan mengenai isu rasuah yang mengaitkan ahli keluarganya. Beliau berkata tidak akan mengendahkan 17 NGO yang meminta kerajaan menangkap beliau dan 13 ahli keluarganya yang lain.

3. Gerakan terima surat permohonan Lim Boo Chang – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengesahkan Gerakan Pulau Pinang telah menerima surat permohonan ADUN Gelugor, Lim Boo Chang untuk menyertai parti. Bagaimanapun, surat tersebut masih belum diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat parti dan keputusan masih belum ditentukan sama ada menerima Lim atau tidak.

4. Perarakan bantahan AUKU berjalan lancar – 300 mahasiswa yang menyertai perarakan membantah AUKU hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini kerana pihak polis turut bekerjasama dan mengiringi perarakan tersebut. Perarakan bermula dari stesen LRT Masjid Jamek sehingga ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam. Selain itu, satu memorandum bantahan juga diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

5. Kit Siang: UMNO sanggup ancam orang Melayu demi kuasa – Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin PRU13 adalah peluang untuk rakyat menukar kuasa pemerintahan yang baru. Oleh demikian, UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa pemerintahan termasuklah mengancam orang Melayu. Ia jelas apabila UMNO mengatakan DAP anti Melayu, anti Islam, anti Sultan Melayu dan mahu menubuhkan negara republik semata-mata untuk membuat orang Melayu panik.

6. PR akan batalkan kontrak Lynas jika menang PRU13 – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain menurunkan harga minyak, beliau berjanji akan segera membatalkan kontrak Lynas jika PR memenangi PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment