Thursday 22 December 2011

Lapuran akhbar cina - Bersih 2.0 terus cabar SPR

TOH KIM WON BERHARAP SPR TUNAIKAN 8 PERMINTAAN BERSIH 2.0

Ahli Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0, Toh Kim Won berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan lapan permintaan Bersih 2.0 bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

Di antara permintaan yang perlu dilaksanakan oleh SPR adalah memberishkan senarai pemilih, tidak melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sistem mengundi bagi pengundi yang tidak hadir, tempoh kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, memberi keadilan kepada media dalam membuat liputan, mempertingkatkan jentera awam, membasmi rasuah dan membanteras politik kotor.

Menurut Kim Woon, setakat ini SPR hanya melaksanakan dua perkara iaitu tidak menggunakan dakwat kekal dan membersihkan senarai pemilih.

Beliau turut menggesa SPR supaya segera menyelesaikan masalah pengundi di luar negara sebelum PRU13.

Sumber - China Press, 20 dec 2011

No comments:

Post a Comment