Thursday 22 December 2011

Lapuran akhbar cina - Dap gelak besar pertelagahan dalam Pas

Exco Agama Selangor, Dato’ Hasan Ali menggesa pemimpin PAS supaya menolak cadangan PR untuk menubuhkan negara berkebajikan jika berjaya menguasai kerajaan Pusat dalam PRU13, sebaliknya meminta pemimpin parti itu terus mempertahankan penubuhan negara Islam. Beliau juga menggesa kepimpinan tertinggi PAS supaya menjelaskan kepada PR mengenai isu negara Islam. Jika isu tersebut tidak diselesaikan nescaya akan timbul pelbagai masalah setelah menguasai kerajaan Pusat nanti.

Beliau berpendapat, konsep negara berkebajikan tidak lari daripada ajaran Islam. Oleh itu, beliau mahu PAS kembali ke landasan asal iaitu penubuhan negara Islam. Sejak 15 tahun lalu, PAS mensasarkan matlamat untuk menubuhkan negara Islam. Tetapi parti itu telah mengubah haluan daripada negara Islam kepada cadangan untuk menubuhkan “Negara Gabungan PAS-UMNO” dan akhirnya menukar kepada negara berkebajikan.

Beliau juga meminta kepimpinan tertinggi parti supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang disifatkan sebagai punca kemelut dalam PAS Selangor baru-baru ini. Beliau turut mencabar Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustapha Ali supaya mengemukakan bukti di atas tuduhannya yang mengatakan beliau terperangkap dengan agenda UMNO. Beliau juga menafikan pernah mengadakan rundingan dengan pemimpin UMNO berhubung kerjasama PAS dan UMNO.

Sementara Shaari Sungib pula menasihatkan Hasansupaya tidak kecewa kerana tidak dicalonkan dalam PRU akan datang.

Sumber - China Press, 21 Dec 2011

No comments:

Post a Comment