Thursday 22 December 2011

Lapuran akhbar cina - kini ijazah univ Taiwan diiktiraf

PENGIKTIRAFAN BERSAMA IJAZAH UNIVERSITI MALAYSIA DAN TAIWAN

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Hou Kok Chung mengumumkan Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Higher Education Evaluation and Accreditation Council of Taiwan (HEEACT) akhirnya telah mencapai kata sepakat untuk menandatangani perjanjian pengiktirafan bersama ijazah universiti Malaysia dan Taiwan.

Beliau berkata pengiktirafan tersebut merupakan berita baik kepada pelajar SMPC dan mereka yang melanjutkan pengajian di Taiwan.Dalam perjanjian tersebut, MQA akan mengiktirafkan semua kursus yang telah dikenalpasti oleh HEEACT dan begitu juga sebaliknya. Dalam perkembangan sama, Presiden Kehormat Tetap Hua Zong, Tan Sri Ng’ Teck Fong berterima kasih kepada kerajaan dan berharap pengiktirafan bersama ini akan memberi peluang kepada semua kaum untuk melanjutkan pengajian di Taiwan.

Beliau percaya kerajaan akhirnya membuat keputusan tersebut kerana banyak sumbangan yang telah diberikan oleh pelajar lulusan universiti dari Taiwan dalam membangunkan negara.

Sumber - Sin Chew Jit Poh, 21 Dec 2011

No comments:

Post a Comment