Thursday 22 December 2011

Laporan akhbar cina - pelajar Univ Taiwan aim nak jadi KSU

PELAJAR UNIVERSITI TAIWAN BERPELUANG MOHON JADI PENJAWAT AWAM

Presiden Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Yao Di Gang berkata melalui perjanjian pengiktirafan ijazah universiti Malaysia dan Taiwan, peluang pekerjaan kepada pelajar lulusan universiti Taiwan lebih luas.

Selain itu, mereka juga layak untuk memohon sebagai penjawat awam. Beliau berkata, piawaian pendidikan universiti Taiwan tinggi dan yuran pengajiannya juga jauh lebih rendah daripada negara lain. Dengan pengiktirafan ini, pasti akan lebih ramai pelajar memilih Taiwan untuk melanjutkan pengajian mereka kelak.

Ditanya sama ada sijil bekas pelajar universiti Taiwan yang sedia ada akan diiktiraf, Yao berkata kebiasaannya perjanjian bersama mempunyai had tempoh sah dan berkuatkuasa pada tarikh menandatangani perjanjian tersebut. Oleh itu, kemungkinan sijil bekas pelajar universiti Taiwan tidak mendapat pengiktirafan.

Yao turut berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Hou Kok Chung kerana memainkan peranan yang penting sehingga berjaya mencapai kesepakatan dalam pengiktirafan ijazah bersama.

Sumber - Sin Chew Jit Poh, 21 Dec 2011

No comments:

Post a Comment