Friday 23 December 2011

Lapuran akhbar cina - Melayu perlu berubah

TIADA KEPERLUAN TIDAK PERLU BERUBAH

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamidmencadangkan supaya menghantar pelajar Melayu ke China bagi mengkaji budaya rakyat China dan sifat berdaya saing mereka. Beliau berkata, dunia sedang mengalami perubahan tetapi orang Malaysia masih berada di takuk lama.

Beliau percaya dengan menghantar orang Melayu belajar di China, negara akan mengalami perubahan. Secara ringkasnya, Ungku Aziz adalah salah seorang Melayu yang telah berubah, kerana itulah orang Melayu menghormati beliau termasuklah kaum lain.

Tetapi dengan memahami budaya negara China tidak semestinya seseorang itu dapat berubah. Orang Melayu sepatutnya memahami budaya orang Cina Malaysia dahulu kerana dengan memahami budaya orang Cina Malaysia, ia juga sama seperti memahami budaya orang China.

Jika dikira sejak 100 tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat orang Cina memahami bahasa Melayu tetapi orang Melayu tidak dapat memahami bahasa Cina. Dengan sistem pendidikan moden kini, orang Cina sendiri dapat memahami budaya orang Melayu tetapi tidak sebaliknya.

Segelintir ahli politik yang memberi gambaran bahawa orang Cina adalah kaum pengkhianat juga membawa kepada keburukan orang Cina. Malahan mereka turut menggambarkan kejatuhan orang Melayu adalah disebabkan orang Cina yang membuat penipuan dan mengeksploitasi mereka.

Ini semua adalah retorik orang politik sahaja sejak darimerdeka lagi. Orang Melayu lebih banyak salah faham terhadap orang Cina berbanding memahaminya. Ini kerana orang Melayu tidak tahu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Cina.

Satu lagi salah faham orang Melayu terhadap orang Cina adalah orang Cina sentiasa berjaya dalam perniagaan. Namun ia bukanlah bermaksud orang Cina menganiaya orang Melayu. Jika di China sekalipun, orang Cina tetap akan berniaga seperti di Malaysia dimana mereka akan berniaga dengan orang Cina sendiri.

Jadi, orang Cina tidak mahu mengambil ringan apabila melibatkan perniagaan. Jika tidak pandai berniaga, orang Cina Malaysia akan selamanya tidak maju dan seterusnya akan menjadi seperti orang biasa yang lain.

Orang Indonesia yang datang ke Malaysia selepas beberapa tempoh, mereka mula menjadi kontraktor dan kemudiannya menjadi pengurus kecil. Begitu juga dengan orang Bangladesh yang datang ke Malaysia, mereka mula menjadi peniaga gerai mamak. Mereka sebenarnya mengikut cara orang China untuk berjaya.

Sejarah berulang kembali dengan orang yang berbeza-beza, mereka terpaksa berbuat demikian untuk hidup. Bila disebut tentang cadangan Ungku Aziz itu, sudah pasti orang Melayu perlu mempelajari bahasa Cina sebelum membuat kajian di China.

Dengan mempelajari bahasa Cina, tidak perlu lagi pergi ke negara China untuk mengkajinya. Tambahan pula, walaupun orang Melayu mahu berubah sekalipun, kerajaan tidak akan berani untuk mengambil risiko jika mengambil kira daripada sudut politik.

Sumber - Nanyang Siang Pao, 22 Dec 2011

No comments:

Post a Comment