Walaupun permintaan DAP ditolak namun ketiga-tiga parti gabungan PR tidak berbalah hanya kerana perkara tersebut. DAP pada mulanya mencadangkan mana-mana kerusi yang kalah pada PRU lepas diberikan kepada calon ahli gabungan PR yang berpotensi tinggi untuk menang.
“Ia hanyalah satu cadangan, namun ada pihak yang sengaja menjadikan ia satu isu besar untuk mengeruhkan hubungan PR,” jelas Teresa.
PR Selangor telahpun mencapai kata sepakat tiada perubahan dalam pembahagian kerusi. Selangor mempunyai 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN, DAP memenangi 4 kerusi parlimen dan 13 kerusi DUN pada PRU lepas.
Sumber - Sin Chew Jit Poh, 22 Dec 2011

No comments:
Post a Comment